WANITA BAIK
Saiyidina 'Ali Radhiyallahu 'anhu:
"Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu, iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu 3 perkara:
"Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu, iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu 3 perkara:
- Al-Bukhul yakni kedekut atau kikir.
- Adz-Dzuhu yakni membesarkan diri atau sombong
- Al-Jubnu yakni penakut
Pernah aku terbaca hasil post seorang sahabat dalam sebuah buku. Seorang hamba bertanya kepada ustaz, ciri-ciri perempuan yang baik. Jawapan ustaz tersebut sama seperti yang diperkatakan oleh Saiyidina 'Ali Radhiyallahu 'anhu. Hamba itu bertanya lagi, bagaimana pula dengan ciri-ciri lelaki yag baik. Jawapan ustaz itu, laki-laki yang baik adalah yang mendapat perempuan baik seperti yang disebut tadi. Aku berasa agak terganggu dengan jawapan tersebut.
Bagaimana jika hanya perempuan itu sahaja yang mengamalkan ciri-ciri wanita yang baik, walhal si lelaki biasa-biasa sahaja, amalannya tidak sehebat si wanita, namun hanya kerana amalan yang dibawa wanita itu dan kerana lelaki itu berjaya mendapatkan wanita itu, si lelaki juga dilabel sebagai lelaki yang baik?
Seperti yang dapat kita simpulkan dalam Surah An-Nur ayat 26, laki-laki yang baik untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya. Bagaimana dengan perempuan yang baik mendapatkan lelaki yang tidak baik? Seperti Firaun. Atau lelaki yang baik, mendapatkan isteri yang tidak baik seperti Nabi Luth. Begitu besar ujian mereka.
Lelaki 🙂
Mahunya hanya yang terbaik. Maka soalan-soalan seperti ciri-ciri wanita baik, ciri-ciri isteri baik seringkali diajukan kepada yang berilmu diluar sana. Yang wanita, hanya mampu berdiam diri, bila disebut ciri-cirinya dan tiada satu pun yang ada pada diri dia. Hahahaha. Lantas dipandang rendah. Tetapi wahai lelaki, buatlah check-list pada diri sendiri juga. Mahunya perempuan yang penakut, takut untuk keluar dengan yang bukan ajnabi. Tapi diri sendiri mempelawa yang bukan ajnabi kesana-sini. Seperti yang diketahui, penghuni neraka itu ramainya dari kaum wanita. Jadi bimbinglah mereka dengan betul, bukan diperkecil. Wallahualam.
Lots of love,
M.G 💖
Comments
Post a Comment